“Tak Adil Sekat Rezeki Dia” – Semangat & Kesihatan Diri Makin Pulih, Hafidz Roshdi Tak Sabar Untuk Kembali Bertugas

Hiburan

“Tak Adil Sekat Rezeki Dia” – Semangat & Kesihatan Diri Makin Pulih, Hafidz Roshdi Tak Sabar Untuk Kembali Bertugas

Setelah sekian lama mendiamkan diri, pelakon sensasi Hafidz Roshdi tampil membuat hantaran di Instagram Story meluahkan rasa tersentuh kepada penerbit, Jaja Ishak yang masih percaya pada dirinya untuk kekal berada dalam industri seni

Menurut Hafidz, kata-kata semangat yang diberikan oleh penerbit tersebut telah menjadi pendorong buatnya untuk perbaiki diri menjadi lebih baik di masa akan datang.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Muhammad Hafidz (@hafidz.roshdi)

Bukan itu saja yang dikongsikan, malah pelakon itu juga berkata kini semangat serta kesihatan dirinya sudah semakin pulih selepas mendapat bimbingan, kepercayaan serta kasih sayang daripada keluarga, rakan selebriti serta peminatnya.

Oleh kerana keadaan diri sudah bertambah baik, Hafidz turut berkata dia sudah siap sedia untuk kembali bertugas sebagai pelakon demi menjalankan tanggungjawabnya sebagai bapa kepada kedua-dua anak iaitu Humairah dan Umar.

Dalam pada itu, suami kepada Shuhada itu berharap agar dapat menjalani kehidupan seperti biasa dan tidak akan menjejaskan kualiti diri sebagai pelakon.

Hafidz ROshdi bapa saudara
1 year ago

"Shuhada Tidak Berhenti Memfitnah Dengan Niat" - Bapa Saudara Dedah Kesihatan & Keselamatan Hafidz Roshdi Sekeluarga Terkesan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...