Setelah sekian lama mendiamkan diri, pelakon sensasi Hafidz Roshdi tampil membuat hantaran di Instagram Story meluahkan rasa tersentuh kepada penerbit, Jaja Ishak yang masih percaya pada dirinya untuk kekal berada dalam industri seni
Menurut Hafidz, kata-kata semangat yang diberikan oleh penerbit tersebut telah menjadi pendorong buatnya untuk perbaiki diri menjadi lebih baik di masa akan datang.
View this post on Instagram
Bukan itu saja yang dikongsikan, malah pelakon itu juga berkata kini semangat serta kesihatan dirinya sudah semakin pulih selepas mendapat bimbingan, kepercayaan serta kasih sayang daripada keluarga, rakan selebriti serta peminatnya.
Oleh kerana keadaan diri sudah bertambah baik, Hafidz turut berkata dia sudah siap sedia untuk kembali bertugas sebagai pelakon demi menjalankan tanggungjawabnya sebagai bapa kepada kedua-dua anak iaitu Humairah dan Umar.
Dalam pada itu, suami kepada Shuhada itu berharap agar dapat menjalani kehidupan seperti biasa dan tidak akan menjejaskan kualiti diri sebagai pelakon.