“Tak Adil Rupa Biasa Mati-Matian Kena Kecam, Yang Cantik Ganggu Rumah Tangga Orang Disokong” – Ika Nabella

Hiburan

“Tak Adil Rupa Biasa Mati-Matian Kena Kecam, Yang Cantik Ganggu Rumah Tangga Orang Disokong” – Ika Nabella

Sejak kebelakangan ini, isu mengenai wanita lain cuba ‘menyondol’ dan menjadi orang ketiga dalam rumah tangga pasangan lain semakin menjadi-jadi. Bukan saja di kalangan netizen, malah selebriti juga.

Bagaimanapun, jelas terlihat berlakunya beauty standard di kalangan masyarakat kerana sewaktu isu Ira Kazar terbongkar, ramai yang memaki hamun dirinya. Namun, sewaktu Sophia AlBarakbah mengakui ‘tersuka’ suami orang, ramai memandang sebelah mata hanya kerana dia mempunyai rupa paras yang cantik.

Advertisement

Susulan itu, pelakon Ika Nabella ada memuat naik status di Instagram seakan-akan memerli golongan tersebut.

ig story ika nabellaSumber : xtra  

Melalui status yang dibuat oleh pelakon terbabit, dia enggan membuka media sosial kerana takut melihat kisah wanita lain cuba menganggu rumah tangga seseorang terlalu banyak.

Dalam pada masa yang sama, dia turut sempat berkata lelaki yang jujur adalah lelaki yang tahu untuk mengawal nafsu, kawal kehendak mereka serta pandai menjaga hati isteri.

Sekadar info, Ika Nabella dan suaminya, Muhammad Zaid Aznam telah mendirikan rumah tangga bersama pada 30 Julai 2016 dan mereka turut dikurniakan cahaya mata lelaki yang diberi nama Mohammad Noah Zayn.

1 year ago

"Tak Boleh Geng Dengan Ira, Dia Lawa Teruk!" - Netizen Tak Kisah Kalau Sophia AlBarakbah Jadi 'Penyondol'?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : xtra

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...