Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Tak Adil Pertikai Niat Saya Jual Juadah Melayu” – Alicia Amin Mohon Maaf Isu Kebersihan Ketika Memasak Rendang

alicia amin mohon maaf

Semalam kecoh di serata media sosial apabila model dan juga pelakon Alicia Amin telah menerima hencapan netizen dek penampilannya yang tidak sesuai ketika memasak.

Kalau menyediakan makanan untuk diri sendiri pasti tidak akan menjadi isu tetapi oleh kerana wanita itu memasak rendang tok untuk pelanggan setianya, ramai yang mempersoalkan tahap kebersihan Alicia Amin dalam proses penyediaan makanan.

Advertisement

rendang tok alicia amin

Seperti yang kita tahu, bisnes penyediaan makanan ini adalah sesuatu yang sangat penting kerana silap sedikit sahaja akan membawa padah kepada sesiapa yang mengambilnya. Sedangkan banyak kes keracunan makanan yang dilaporkan kini, jadi ramai yang risau.

Terkesan dengan kritikan negatif netizen terhadap ‘Rendang Tok Raja Lapar’ yang dimasak olehnya, Alicia Amin telah memuat naik satu entri di Instagram bisnes tersebut.

alicia amin mohon maaf

Advertisement

Menurut wanita tinggi lampai itu, dia pernah bekerja dalam industri makanan dan minuman sebelum ini jadinya tidak perlu risau mengenai isu suntikan typhoid. Malahan dia akan menyemak bila tarikh luput kepada suntikan tersebut.

Bagi isu sarung tangan, penutup kepala dan apron pula, Alicia Amin mengakui bahawa dia terlepas pandang mengenai perkara penting tersebut. Melihatkan ramai penjual makanan di bazar dan tepi jalan yang tidak mematuhi peraturan ini membuatkan dia alpa.

Pun begitu, wanita itu menjelaskan bahawa dia berasa tidak adil kerana ada yang menjatuhkan hukum dan mempertikaikan kenapa dia menjual juadah Melayu sedangkan ramai juga bangsa lain yang menyukai rendang.

rendang tok alicia amin

Bahkan Alicia Amin hanya akan menerima teguran berkaitan dengan risiko kebersihan, kualiti bahan yang digunakan, soalan mengenai penghantaran ataupun rasa rendang sahaja. Isu mengenai perkara lain bukanlah di bawah tanggungjawabnya.

Harap teguran ini akan membantu Alicia Amin untuk memberikan penekanan kepada penyediaan makanan yang lebih teratur dan bersih.

Sumber: Instagram

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

9 Comments

  1. Anonymous

    June 11, 2020 at 1:10 pm

    geli

  2. Anonymous

    June 11, 2020 at 10:52 am

    Knp org pertikai dia jual rendang? Dia ni bukan melayu ke?

    • Anonymous

      June 11, 2020 at 2:21 pm

      MELAYU ATAS NAMA

  3. Anonymous

    June 11, 2020 at 10:49 am

    BARU NAK MENGAKU MELAYU KE???

  4. vidalaknat

    June 11, 2020 at 10:30 am

    Kalau nak cakap tahap kebersihan, aku rasa minah ni lagi bersih daripada acik yg pakai tudung labuh. Busuk hamis macam kerbau lebas, pasai tu kena racun makanan

  5. Anonymous

    June 11, 2020 at 9:45 am

    Rendang model youu

Loading...
To Top