Setelah beberapa tahun ‘berehat’ dari menghiburkan hati penonton secara siaran langsung, pelawak Shuib mengakui bahawa dirinya sedikit kekok sewaktu berada di pentas Ubi Superstar Live.
Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhammad berkata bukan mudah untuknya berganding dengan ahli baharu termasuk juga mencari keserasian antara satu sama lain.
Dalam pada itu, salah satu cara untuk mencari keserasian antara mereka, Shuib cuba menghabiskan banyak masa bersama bersama ahli anggota Ubi yang lain.
View this post on Instagram
Bapa kepada empat orang cahaya mata itu turut meminta agar penonton tidak membandingkan Ubi Superstar Live dengan Sepahtu Reunion dan menganggap perbandingan tersebut tidak adil.
Tidak adil jika penonton hendak bandingkan program ini dengan rancangan Sepahtu Reunion kerana ia sudah berada dalam kedudukan tersendiri.
Menurutnya, dia sudah bersama dengan Sepahtu selama lima tahun, jadi keserasian itu memang sudah wujud sejak sekian lama.
Sekadar info, Ubi Superstar Live turut disertai oleh pelawak Ajak Shiro, Fad, Sharif dan Namie.