“Tak Adil Netizen Nak Kecam Pelakon” – Tular Adegan ‘Panas’ Sebuah Drama, Caprice Beri Pandangan

Hiburan

“Tak Adil Netizen Nak Kecam Pelakon” – Tular Adegan ‘Panas’ Sebuah Drama, Caprice Beri Pandangan

Sejak beberapa hari yang lalu, menjadi topik hangat dikalangan netizen apabila tular di media sosial sebuah adegan ‘panas’ dalam drama Love In Lockdown.

Advertisement

Ini kerana babak di dalam kereta yang memaparkan pelakon utama iaitu Siti Saleha dan Shah Iskandar yang dilihat seakan-akan baru lepas ‘bersama’ di dalam kereta.

Tidak terkecuali, selebriti Caprice juga memberikan pandangannya mengenai adegan yang didakwa seperti soft porn itu di laman Instagramnya dan beliau mengatakan, tidak adil untuk netizen mengecam dan menghentam para pelakon.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tiger of AlQuds (@capricedaddycap)

Menurut Caprice, para pelakon hanya dibayar untuk melakukan adegan-adegan di dalam drama dan hanya mengikut skrip yang telah disediakan oleh pihak produksi, jadi yang sepatutnya dikecam adalah pengarah drama terbabit.

Seakan-akan seperti ingin menenangkan keadaan, jejaka terbabit meminta netizen untuk meninggalkan komen bagi menceritakan semula adegan ‘panas’ itu tanpa sebarang unsur lucah.

Sekadar info, drama Love In Lockdown yang ditayangkan bermula semalam menerusi platform penstriman Sooka berkisahkan tentang pahit manis kehidupan segelintir masyarakat semasa pandemik COVID-19.

2 years ago

"Ini Soft P*rn Bendeee" - Babak Siti Saleha & Shah Iskandar 'Bersama' Dalam Kereta Dikecam

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...