Sejak beberapa hari yang lalu, menjadi topik hangat dikalangan netizen apabila tular di media sosial sebuah adegan ‘panas’ dalam drama Love In Lockdown.
Ini kerana babak di dalam kereta yang memaparkan pelakon utama iaitu Siti Saleha dan Shah Iskandar yang dilihat seakan-akan baru lepas ‘bersama’ di dalam kereta.
Tidak terkecuali, selebriti Caprice juga memberikan pandangannya mengenai adegan yang didakwa seperti soft porn itu di laman Instagramnya dan beliau mengatakan, tidak adil untuk netizen mengecam dan menghentam para pelakon.
View this post on Instagram
Menurut Caprice, para pelakon hanya dibayar untuk melakukan adegan-adegan di dalam drama dan hanya mengikut skrip yang telah disediakan oleh pihak produksi, jadi yang sepatutnya dikecam adalah pengarah drama terbabit.
Seakan-akan seperti ingin menenangkan keadaan, jejaka terbabit meminta netizen untuk meninggalkan komen bagi menceritakan semula adegan ‘panas’ itu tanpa sebarang unsur lucah.
Sekadar info, drama Love In Lockdown yang ditayangkan bermula semalam menerusi platform penstriman Sooka berkisahkan tentang pahit manis kehidupan segelintir masyarakat semasa pandemik COVID-19.