‘Tak Adil Gelar Saya Objek Nafsu’ – Elizabeth Tan Nafi Kerap Upload Gambar Seksi

Hiburan

‘Tak Adil Gelar Saya Objek Nafsu’ – Elizabeth Tan Nafi Kerap Upload Gambar Seksi

Baru-baru ini, seorang pendakwah bebas tampil menegur tindakan segelintir peminat lelaki yang beragama Islam meninggalkan komen berbaur lucah di posting penyanyi, Elizabeth Tan. Menurutnya, komen tersebut sudah melampau batas apatah lagi datang daripada pengikut yang berstatus suami orang.

3 years ago

Komen Lucah Di Posting Elizabeth Tan, PU Rahmat Tegur Lelaki-Lelaki Miang

Advertisement

Terbaru, Elizabeth Tan menerusi laporan Harian Metro menafikan dakwaan kerap memuat naik gambar seksi sehingga mengundang komen lucah. Katanya, dia tiada hak untuk mengawal atau menghukum komen yang ditinggalkan pengikut.

Kalau betul gambar saya lucah, sudah lama akaun media sosial saya kena sekat sebab peraturan Instagram atau Facebook memang tiada ruang untuk kandungan lucah.

Malah, dia juga tiada hak untuk mengawal mana-mana lelaki yang melihat atau menganggapnya sebagai simbol seks.

Siapa gelarkan saya sebagai simbol seks? Kenapa saya tak dilihat sebagai individu yang memperkasakan kaum wanita. Di mana saya boleh buat apa apa yang saya pilih dengan badan saya sendiri?

Kalau orang lain yang berfikiran sedemikian, adakah itu salah saya? Saya berasa tak adil apabila pihak lelaki yang selalu menetapkan apa yang ‘elok’ atau ‘tak elok’ secara subjektif dengan nilai yang tak konsisten.

Penyanyi Semua Sudah ini juga mempersoalkan adakah dirinya bersalah jika orang lain yang berfikiran liar sedemikian.

Mengenai posting melipat kaki yang viral baru-baru ini, Elizabeth menegaskan video yang dimuat naik langsung tidak memaparkan dirinya dalam keadaan tidak senonoh.

Apa keterlaluannya? Dalam video itu saya pakai baju lengan panjang, seluar panjang, tak tunjuk apa-apa pun, cuma tunjuk satu aksi yang saya rasa kelakar dan yang tak semua orang boleh buat.

Kalau kandungan saya keterlaluan untuk sesiapa, mungkin saya boleh bagi nasihat untuk tidak mengikuti atau menyekat akaun saya. Saya berasa tidak adil untuk menggelarkan saya sebagai ‘ objek nafsu’.

Memang saya percaya yang wanita melambangkan keindahan dan kekuatan, dan untuk saya keindahan dan kekuatan bermaksud saya berhak untuk memilih dan buat keputusan apa-apa sebagai seorang wanita berdikari yang diperkasakan dalam semua aspek hidup saya.

Ujar Elizabeth lagi, sekiranya pengikut merasakan kandungan yang dimuat naik keterlaluan, mereka boleh unfollow atau menyekat akaun untuk mengelakkan diri daripada melihatnya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...