Sedia maklum, sebelum ini pelawak sensasi, Ali Puteh memaklumkan bahawa rumah ibu di Gombak bakal disita susulan tidak bayar lagi ganti rugi RM60,000 kepada kakak ipar, Siti Norhidayah.
Melalui temubual bersama Harian Metro, Ali mengakui mempunyai kekangan untuk membayar jumlah wang sebanyak itu, tambah pula dirinya sudah lama tidak menerima tawaran kerja di industri seni.
Saya kesal sebab saya bukan penjenayah, di mana saya digari dan dimasukkan dalam penjara, sebaliknya ini hanyalah urusan keluarga tidak membabitkan jenayah, jadi saya pelik sampai begini kerjaya saya terganggu.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, adik kepada Allahyarham Abam Bocey itu juga merasakan segala yang berlaku ketika ini tidak adil tetapi tetap redha dan berharap agar selepas bayaran ganti rugi itu selesai, isu bersama Hidayah juga tidak berpanjangan.
Kalau selepas kami bayar pun dia mahu ambil rumah arwah emak saya itu, tidak tahulah. Kita sudah bayar, dia nak apa lagi?
Tambahannya lagi, proses pembayaran sebanyak RM60,000 itu bakal diselesaikan sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri untuk elak dari rumah arwah ibunya disita.
Sekadar info, 18 Februari lalu, Mahkamah Sesyen memerintah Ali untuk membayar bayaran ganti rugi kepada Hidayah sebanyak RM60,000 kerana mengeluarkan kata-kata mengaibkan wanita tersebut di laman Instagram.