Biarpun bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat pengurangan 50 peratus hukuman penjara 12 tahun yang sedang dijalani, anak perempuannya iaitu Nooryana Najib masih tidak berpuas hati.
Bapa tak bersalah, luah rasa kecewa
Selepas berita terkini tentang bapanya disiarkan di setiap platform, Yana Najib membuat hantaran di Instagram meluahkan rasa kecewa terhadap hukuman bapa.
Kami menghargai pengurangan hukuman penjara, kami berasa kecewa kerana Datuk Seri Najib Razak tidak dapat pengampunan penuh dan dibebaskan serta-merta.
View this post on Instagram
Tak adil, wajar dibebaskan!
Kata Yana, Najib sewajarnya dilepaskan dan dibebaskan kerana yakin dia tidak bersalah.
Bahkan, wanita itu turut membuat simbol ‘tanda pagar’ di ruangan kapsyen bertulis ‘Pulangkan Najib’ dan ‘Demi Najib’.
Sekadar info, Najib Razak mendapat pengurangan penjara dari 12 tahun menjadi 6 tahun, ia sekali gus menyaksikan beliau bakal dibebaskan pada 23 Ogos 2028.