Tak Adalah Sampai Terjerit Dan Mabuk – Julia Ziegler

Hiburan

Tak Adalah Sampai Terjerit Dan Mabuk – Julia Ziegler

Ya kalau anda seorang yang peka dengan perkembangan industri hiburan, anda sudah pasti tahu mengenai desas-desus seorang pelakon berdarah kacukan yang membuat perangai di Sydney, Australia baru-baru ini. Menurut khabar angin tersebut, pelakon yang mengikuti penggambaran sebuah drama di sana telah terjerit-jerit, mabuk dan berperangai tidak sopan di waktu siang hari di kota tersebut.

julia ziegler mabuk

Advertisement

Sepantas khabar angin bertiup, sepantas itu jugalah nama Julia Ziegler dikaitkan. Memang benar Julia Ziegler berdarah kacukan dan sememangnya dia berada di Sydney kerana terlibat dalam sebuah drama. Namun berkata kepada Harian Metro, pelakon jelita ini menafikan dakwaan tersebut. Kata Julia:-

Eh, mana ada! Mengarut saja. Jangan percaya mereka (penyampai). Memanglah saya ni jenis yang gila-gila, tapi tak adalah sampai terjerit dan mabuk macam itu. Orang buat cerita ini. Siapa yang mengadu, siapa yang bercakap? Terkejutlah saya. Siapalah yang buat lawak bodoh macam ini!

julia ziegler mabuk

Secara logiknya kalau nak mabuk pun takkanlah nak mabuk di siang hari kan? Lagipun rakyat Malaysia ramai di Sydney tue. Takkanlah Julia Ziegler tak tahu menjaga adab dan budi pekerti di negara orang tatkala dirinya pasti menjadi perhatian orang ramai. Diharap dengan penafian ini, kontroversi ini tidak lagi diperkatakan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...