Pelakon Emma Maembong baru-baru ini telah selamat melahirkan anak keduanya dan kini sedang menjalani amalan pantang selepas bersalin.
Seperti biasa, peminat pastinya akan mengambil berat namun ternyata ia telah menimbulkan perasaan rimas buat Emma.
Kata Emma, dia tidak faham dengan sikap sesetengah netizen yang beriya mengenai perjalanan pantang anak keduanya itu.
Saya tak faham kenapa isu saya berpantang ni beriya sangat. Sesiapa yang nasihat saya secara baik, saya okaylah saya fikir mungkin mereka sayang dan ambil berat.
Tapi ada yang beriya-iya komen sampai macam marah macam dia duduk sebelah saya dan tahu saya berpantang ke tak.
Berikutan itu, Emma berkata dia kini berada dalam keadaan sihat dan sedang berpantang dengan ‘confinement lady’.
Mengulas mengenai isu bergerak aktif meskipun baru sahaja beberapa hari melahirkan anak, Emma berkata dia sudah biasa bekerja dan ingin kekal aktif agar badan cepat sembuh dan sihat.
Daripada anak pertama sehingga anak kedua saya bersalin secara normal tapi tak ada koyak dan tak kena jahit. Jadi saya geraklah sikit-sikit ikut badan.
Dia dalam pada itu sempat memberi nasihat kepada netizen di luar sana agar tidak berlebihan dalam memberikan nasihat dan teguran kepada orang lain.
“Saya hanya nak bagitahu saya sihat je dan cerita lain itu semua fitnah. Kena hormat sesama sendiri, masing-masing ada pendapat dan pendirian sendiri” ujarnya lagi.