Usahawan dan pempengaruh popular, Khairul Aming, memberi peringatan awal kepada orang ramai bahawa kunjungan ke restoran baharunya, Rembayung, yang dijangka dibuka Januari nanti mungkin berdepan isu parkir dan kesesakan lalu lintas.
Saya cadangkan kepada pelanggan yang ingin datang supaya carpool atau menggunakan pengangkutan awam. Restoran saya sangat dekat dengan monorel, boleh jalan kaki sahaja dalam lima minit. Boleh juga naik e-hailing.
Bagi mengelakkan pelanggan beratur panjang, Khairul Aming turut memaklumkan bahawa restoran itu tidak akan menerima walk-in semasa pembukaan. Semua pelanggan perlu membuat tempahan awal.
Untuk pembukaan restoran juga tiada ‘walk in’, semuanya perlu tempah awal, ‘reservation’. Sebab saya tidak mahu pelanggan beratur di bawah panas atau hujan.
Mungkin ada yang sanggup beratur daripada malam lagi… bukan kata saya syok sendiri, tetapi tidak mustahil berlaku.
Menurutnya, Rembayung hanya mampu memuatkan 200 orang pada satu masa, dan sistem tempahan diperlukan bagi memastikan keadaan terkawal dan selesa untuk semua pengunjung.
Sistem ‘walk in’ akan jadi isu kelak kerana beratur sampai lapan jam. Saya tidak akan pastikan perkara itu berlaku kerana tidak bagus untuk semua orang.
Dalam pada itu, Khairul Aming turut menjelaskan mengenai harga hidangan yang mungkin tidak berada pada kategori “mesra rakyat” kerana kos operasi restoran tersebut yang tinggi.
Jujur saya cakap, saya tidak boleh letak harga murah untuk setiap hidangan. Harga mesra rakyat tidak boleh. Kerana lihat kepada suasana restoran tersebut.
Untuk membina restoran itu makan kos jutaan ringgit… semua perlu diambil kira.
Restoran Rembayung menandakan langkah pertama Khairul Aming memasuki dunia perniagaan offline selepas sedekad membina empayar jenamanya secara digital.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
