Tak Ada Tanya Soalan Cepumas, Lelaki Kongsi Proses Bernikah Di Korea Sangat Mudah & Tak Susah

Kehidupan

Tak Ada Tanya Soalan Cepumas, Lelaki Kongsi Proses Bernikah Di Korea Sangat Mudah & Tak Susah

Melalui platform Instagram, baru-baru ini, seorang individu lelaki bernama Zulhimi berkongsikan proses pernikahannya bersama isteri warganegara Korea yang dilakukan di Korea Selatan.

Bernikah di Korea sangat mudah berbanding di Malaysia

Dalam pada mengucap rasa syukur kerana sudah menamatkan zaman bujang, individu itu turut merasakan pernikahan di Korea sangat mudah dan tidak begitu susah.

Advertisement

Melalui temubual Zulhimi bersama pihak SEISMIK, pernikahan di Korea sangat mudah dan ijab kabul agak berbeza jika hendak dibandingkan dengan di Malaysia.

Dalam keadaan kami, 10 Mac kami apply untuk nikah di masjid Itaewon, 12hb dapat jawapan, 13hb terbang ke Korea, 15hb selesai akad nikah.

Apabila ditanya bagaimana mengenali isteri yang berasal dari Korea Selatan, Zulhimi berkata mereka berkenal melalui platform Instagram sejak Oktober 2022.

Isteri mempunyai keperibadian yang baik

Saya tengok profile dia, nampak dia share simple things tentang life dia dan tertarik nak follow dia balik. Lepas tu kami just berkawan je sampai la tahun Mei 2024 baru start in a relationship.

Difahamkan, lelaki terbabit memang bekerja dan tinggal di Malaysia, tetapi sering bercuti di Korea dan keputusan untuk mengahwini isteri kerana terpikat dengan budi bicaranya.

Kalau orang kata saya ni cari wanita Korea je, memang salah. Dia pandai berbicara dengan orang tua saya, pandai ambil berat orang lain, terbuka untuk bertukar pendapat, terbuka belajar budaya asing, dan sentiasa berkomunikasi dengan saya.

2 months ago

'Seller' TikTok Meroyan Ketika Buat 'Live' Undang Kecaman - "Saya Tak Suka Orang K-Pop! Dah Lah Tak Cantik"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...