Pelawak Amerika Syarikat, Chrissie Mayr terkena tempias kecaman ramai terutamanya rakyat Malaysia selepas dia terang-terangan menyatakan sokongan terhadap jenaka Jocelyn Chia.
Sejak kontroversi Jocelyn Chia yang menjadikan tragedi malang MH370 sebagai bahan jenaka hangat dikatakan, Chrissie berhubung dengannya.
Malah, mereka sempat berjenaka dan ketawa selepas berkata 200 lebih mangsa yang terkorban dalam tragedi MH370 itu ‘tidaklah ramai mana’.
Gara-gara menyokong Jocelyn Chia secara terbuka dan turut membuat temu ramah live bersama-sama, Chrissie bukan hanya dikecam tetapi lebih daripada itu.
Menerusi Twitter, dia mendedahkan bahawa telah menerima ugutan bunuh serta kawan dan keluarganya juga turut diganggu terus menerus selama beberapa minggu.
Saya minta maaf….bahawa tiada seorang pun orang dalam negara kelas ketiga bodoh kamu yang mempunyai deria lawak.”
View this post on Instagram
Menerusi ruangan komen, segelintir individu yang tidak menyokongnya telah memberikan respon dan berkata tragedi serta insiden yang meragut nyawa tidak seharusnya dijadikan bahan jenaka.
Bukan itu sahaja, dia turut menyindir Malaysia untuk tidak terlalu memikirkan tentang jenaka Amerika sebaliknya pergi cari pesawat MH370.