“Tak Ada Siapa Nak Dengar Lagu Inggeris Kau” – Pernah Diperlekeh Syarikat Rakaman Di KL, Yuna Buktikan Kini Berjaya Di AS

Hiburan

“Tak Ada Siapa Nak Dengar Lagu Inggeris Kau” – Pernah Diperlekeh Syarikat Rakaman Di KL, Yuna Buktikan Kini Berjaya Di AS

Jika disebut tentang penyanyi Malaysia yang bertapak di Amerika Syarikat, Yuna pastinya akan ada  pendapat yang berbeza daripada peminat industri hiburan tanah air kita.

Ada yang berpendapat Yuna sememangnya membanggakan negara kerana berjaya melebarkan sayapnya di persada antarabangsa.

Advertisement

Namun, sesetengah orang berasa bakatnya tidak seberapa dan sukar menerima lagu Inggeris apatah lagi di negara yang mempunyai majoriti Melayu dan berbahasa Melayu.

Perkongsian Yuna di Instagram story baru-baru ini meraih perhatian ramai selepas dia berkongsikan tentang pendengar muziknya di aplikasi Apple Music.

Pada usia 21 tahun, Yuna pernah berkata kepada salah satu syarikat rakaman bahawa dia hanya akan tandatangan kontrak jika mereka melebarkan sayapnya dengan lagu Inggerisnya ke peringkat antarabangsa.

Namun, respon yang diterima Yuna daripada syarikat rakaman di Kuala Lumpur itu,

Tiada siapa mahu mendengar lagu Inggeris kamu, kenapa merreka mahu mendengar lagu Inggeris yang dibuat oleh artis dari Malaysia?”

Hari ini, Yuna membuktikan bahawa dia mampu melebarkan sayap dan dikenali di negara luar malah lagu Inggerisnya dimainkan sebanyak 70 juta kali di AS.

Dalam pada itu, penyanyi berusia 36 tahun tersebut meluahkan rasa syukur kerana mempunyai keluarga, kawan dan peminat dari Malaysia yang mempercayainya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

gaya tudung Yuna dikecam
2 years ago

"Mazhab Amerika Ke" - Gaya Hijab Didakwa Seperti Sudah 'Free Hair', Fesyen Yuna Di NYFW Dipertikai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...