Jika disebut tentang penyanyi Malaysia yang bertapak di Amerika Syarikat, Yuna pastinya akan ada pendapat yang berbeza daripada peminat industri hiburan tanah air kita.
Ada yang berpendapat Yuna sememangnya membanggakan negara kerana berjaya melebarkan sayapnya di persada antarabangsa.
Namun, sesetengah orang berasa bakatnya tidak seberapa dan sukar menerima lagu Inggeris apatah lagi di negara yang mempunyai majoriti Melayu dan berbahasa Melayu.
Perkongsian Yuna di Instagram story baru-baru ini meraih perhatian ramai selepas dia berkongsikan tentang pendengar muziknya di aplikasi Apple Music.
Pada usia 21 tahun, Yuna pernah berkata kepada salah satu syarikat rakaman bahawa dia hanya akan tandatangan kontrak jika mereka melebarkan sayapnya dengan lagu Inggerisnya ke peringkat antarabangsa.
Namun, respon yang diterima Yuna daripada syarikat rakaman di Kuala Lumpur itu,
Tiada siapa mahu mendengar lagu Inggeris kamu, kenapa merreka mahu mendengar lagu Inggeris yang dibuat oleh artis dari Malaysia?”
What a flex ?? pic.twitter.com/5XXJ765WD2
— IMRAN AJMAIN (@ImranAjmain) December 2, 2022
Hari ini, Yuna membuktikan bahawa dia mampu melebarkan sayap dan dikenali di negara luar malah lagu Inggerisnya dimainkan sebanyak 70 juta kali di AS.
Dalam pada itu, penyanyi berusia 36 tahun tersebut meluahkan rasa syukur kerana mempunyai keluarga, kawan dan peminat dari Malaysia yang mempercayainya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.