“Tak Ada Sebab Saya Nak Pecat DJ Lin” – Pengerusi SMRG Maklum Rating Segmen Suria Cinta Tinggi Tiap Minggu Dengan Cik Piah

Hiburan

“Tak Ada Sebab Saya Nak Pecat DJ Lin” – Pengerusi SMRG Maklum Rating Segmen Suria Cinta Tinggi Tiap Minggu Dengan Cik Piah

Datuk Dr Mohd Aminuddin selaku pengerusi Star Media Radio Group Berhad (SMRG) memaklumkan bahawa pihaknya tiada sebab untuk memberhentikan DJ Lin daripada bertugas di Suria FM memandangkan segmen dia sentiasa mendapat sambutan tinggi dalam kalangan pendengar.

Ini berikutan terdapat petisyen yang dimulakan sesetengah pihak yang menggesa agar DJ Lin dipecat daripada penyiaran radio tersebut.

Advertisement

Tiada sebab untuk pecat DJ Lin

Saya dah kenal DJ Lin bertahun-tahun, ketaataan dan dedikasinya terhadap stesen radio kami tidak boleh dipersoalkan.

Berdasarkan data ‘listenership’ yang saya tengok setiap minggu, yang paling tinggi sekali ialah sama ada DJ Lin ataupun Cik Piah.

Menurutnya lagi, segmen DJ Lin dan Cik Piah sering berlumba-lumba untuk berada di tempat teratas setiap minggu dan turut bersimpati dengan nasib yang diterima wanita itu susulan isu berkaitan DJ Tyzo diberhentikan sebelum ini.

Ada pihak yang cuba menjatuhkan dia

Kata Aminuddin, dia tidak menolak sebarang kemungkinan ada cubaan jahat daripada segelintir pihak yang mahu menjatuhkan DJ Lin.

@ohbulanofficial

Replying to @OHBULAN! Mangsa yang sebenarnya ?? #ohbulan #sembangentertainment #sidangmedia #suriafm #tyzo #tyzoxander #djlin

? original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

Jadi tak ada sebab untuk saya memecat DJ Lin atau pun tiada sebab sama sekali untuk beliau meletakkan jawatannya di Suria FM.

Selain berkidmat sebagai penyampai, DJ Lin juga merupakan pengurus besar Suria FM dan dalam kata lain, siapa yang ‘menyerang’ pengurus besar syarikat bermakna anda juga sedang menyerang syarikat kami.

Dia juga berpendapat bahawa ‘mangsa sebenar’ dalam isu berbangkit adalah DJ Lin kerana ia telah menyebabkan kredibiliti dan reputasinya jatuh menjunam.

Sebelum ini, DJ Tyzo memaklumkan dia telah diberhentikan secara tidak adil oleh pihak pengurusan Suria FM sekaligus membuatkan netizen membuat spekulasi sendiri terutamanya kepada pengurus besar Suria FM, DJ Lin.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

dj lin
3 months ago

"Saya Tiada Masalah Untuk Berdamai.." - Tyzo Redha, Tetap Mendakwa DJ Lin Dan Jay Jay Bersalah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...