“Tak Ada Rasa Marah Atau Iri Hati” – Siap Tinggal Bersama, Wanita Dedah Seronok Hidup Bermadu

Kehidupan

“Tak Ada Rasa Marah Atau Iri Hati” – Siap Tinggal Bersama, Wanita Dedah Seronok Hidup Bermadu

Mungkin majoriti isteri di luar sana tidak rela hidup bermadu kerana ramai enggan berkongsi kasih dengan seorang suami.

Walau bagaimanapun, lain ceritanya bagi seorang wanita dari Melaka yang beranggapan hidup bermadu bukan sebahagian daripada masalah rumah tangga.

Advertisement

Memetik laporan Utusan, Siti Nor Aisyah Saawal, 36, dan Marzurah Abdul Rahman, 23, menyatakan bahawa mereka gembira kerana dapat berkongsi kasih bersama suami, Mas Nawi Yusof, 41.

Dalam pada itu, Aisyah sempat menceritakan pengalaman dia mengenali madunya ketika wanita itu masih bersekolah di tingkatan tiga.

Sumber : Utusan Malaysia 

Bercerita lebih lanjut, Aisyah memberitahu tidak mempunyai sebarang rasa marah ketika suaminya meluahkan hasrat untuk berkahwin dengan Marzurah setelah tamat tingkatan lima.

Apabila suami minta berkahwin dengan Marzurah selepas tamat tingkatan lima, saya tidak ada halangan sebaliknya membenarkan dia berkahwin. Tidak ada rasa marah, iri hati atau kecil hati terhadap suami.”

Tambahnya lagi, dia turut membantu mengatur majlis pertunangan dan pernikahan madunya bersama suami.

Saya juga yang mengatur majlis pertunangan dan pernikahan mereka dan alhamduli­llah sudah hampir lima tahun mereka bernikah, kami hidup gembira.”

Sepanjang perkahwinan Aisyah dikurniakan empat orang anak berusia empat hingga 19 tahun dan Marzurah mempunyai seorang anak berusia empat tahun.

2 years ago

“Saya Ada Nafsu Yang Tinggi” - ‘Raja Playboy’ Mengaku Sudah Kahwin 87 Kali Hanya Dengan Bermodalkan Ayat-Ayat Manis

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...