“Tak Ada Rasa Bersalah Ke?” – Ibu Bengang Dapat ‘Goodies’ Penuh Jajan, Tapi Netizen Kecam Pula?

Hiburan

“Tak Ada Rasa Bersalah Ke?” –  Ibu Bengang Dapat ‘Goodies’ Penuh Jajan, Tapi Netizen Kecam Pula?

Ibu bapa sememangnya digalakkan untuk sentiasa memantau pola pemakanan anak sama ada diet yang diamalkan mereka berkhasiat atau sebaliknya.

Baru-baru ini, tular di media sosial apabila seorang individu bergelar ibu meluahkan rasa kecewa dengan sikap ibu bapa yang memberikan ‘goodies’ berisi makanan ringan ataupun jajan ketika sambutan hari lahir yang dibuat di pusat asuhan di mana tempat dia menghantar anaknya ketika bekerja.

Advertisement

Kata wanita itu, anaknya telah menerima satu pek berisi jajan ketika sambutan hari lahir dan dia berasa hairan dengan sikap ibu bapa yang sewenang-wenangnya memberikan makanan seperti itu.

Ujarnya lagi, ibu bapa sepatutnya memberikan buah tangan seperti buah-buahan, buku, mainan kecil ataupun baucer membeli belah.

Takkanlah dah jadi ibu dah jadi ayah tak boleh fikir mana yang baik dan buruk. Ajar budak-budak makan benda-benda macam ni?

Dalam pada itu, wanita itu turut mempersoalkan sikap ibu bapa yang seakan-akan  tidak prihatin dengan kandungan nutrisi dalam makanan yang diberikan kepada kanak-kanak yang meningkat dewasa.

Menjengah ke ruangan komen, hantaran tersebut telah menerima respon yang pelbagai daripada netizen yang rata-ratanya menganggap wanita itu berkelakuan ‘over’ dan memperkecilkan usaha orang lain.

JajanSumber : Twitter  

Bukan nak memperlekeh usaha dia nak bagi makanan sihat. Tak ada pun saya rasa. Tapi tulah, adab mana. Orang bagi, ambil. Ucap terima kasih. Tak nak, bagi orang lain.

Kata netizen, adalah lebih baik menjaga adab ketika menerima sesuatu pemberian daripada orang lain dan bukannya hanya tahu menularkan sesuatu perkara sehingga menjadi bahan untuk dikecam netizen.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

5 bulan lalu

"B*bi Lagi Prihatin Daripada Dia" - Suami Tinggalkan Isteri Dalam Hutan Lepas Kena Strok

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

2 Comments

  1. Anonymous

    August 18, 2022 at 12:16 am

    Nanti bday anak dia, dia bagi sorang sekilo beras

  2. brunes

    August 17, 2022 at 2:09 pm

    terpalingnya mak ni, kalau tak nak bagi anak tak yah makan. yang kau viral tu buat apu? nak tunjuk dunia perangai lahanat kau tu ye? collect clout

Tinggalkan Komen Anda Di Sini