Ibu bapa sememangnya digalakkan untuk sentiasa memantau pola pemakanan anak sama ada diet yang diamalkan mereka berkhasiat atau sebaliknya.
Baru-baru ini, tular di media sosial apabila seorang individu bergelar ibu meluahkan rasa kecewa dengan sikap ibu bapa yang memberikan ‘goodies’ berisi makanan ringan ataupun jajan ketika sambutan hari lahir yang dibuat di pusat asuhan di mana tempat dia menghantar anaknya ketika bekerja.
Source ??? pic.twitter.com/bJP58Nsvi4
— madi (@taevberrybear) August 15, 2022
Kata wanita itu, anaknya telah menerima satu pek berisi jajan ketika sambutan hari lahir dan dia berasa hairan dengan sikap ibu bapa yang sewenang-wenangnya memberikan makanan seperti itu.
Ujarnya lagi, ibu bapa sepatutnya memberikan buah tangan seperti buah-buahan, buku, mainan kecil ataupun baucer membeli belah.
Takkanlah dah jadi ibu dah jadi ayah tak boleh fikir mana yang baik dan buruk. Ajar budak-budak makan benda-benda macam ni?
Dalam pada itu, wanita itu turut mempersoalkan sikap ibu bapa yang seakan-akan tidak prihatin dengan kandungan nutrisi dalam makanan yang diberikan kepada kanak-kanak yang meningkat dewasa.
Menjengah ke ruangan komen, hantaran tersebut telah menerima respon yang pelbagai daripada netizen yang rata-ratanya menganggap wanita itu berkelakuan ‘over’ dan memperkecilkan usaha orang lain.
Bukan nak memperlekeh usaha dia nak bagi makanan sihat. Tak ada pun saya rasa. Tapi tulah, adab mana. Orang bagi, ambil. Ucap terima kasih. Tak nak, bagi orang lain.
Kata netizen, adalah lebih baik menjaga adab ketika menerima sesuatu pemberian daripada orang lain dan bukannya hanya tahu menularkan sesuatu perkara sehingga menjadi bahan untuk dikecam netizen.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.