Tular sebelum ini pelawak dan usahawan terkenal Shuib yang terlibat dalam isu caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan tunggakan bayaran gaji pekerja. Oleh kerana itu, pelakon Yana Samsudin dianggap back up kerana berkongsi sisi pandangannya berkenaan perkata tersebut.
Kata aktres ini, kenyataan yang disebarkan itu telah disalah ertikan oleh banyak pihak hingga menyangka dirinya ingin mempertahankan usahawan itu. Baginya, dia hanya berniat untuk meneutralkan keadaan dan berharap agar masalah kedua belah pihak diselesaikan dengan baik.
Ramai salah faham dengan apa yang saya sebutkan tu tapi saya percaya dengan setiap institusi seperti KWSP yang diwujudkan bersebab. Mesti mereka akan ambil tindakan.
Tak ada perkataan yang kata saya suruh senyapkan benda ni. Saya ada syarikat dan ada pekerja jadi saya faham.
View this post on Instagram
Menurutnya, dia bukanlah menyuruh untuk orang ramai tidak menuntut KWSP, sebaliknya Yana ingin masalah itu tak diperbesar kerana dirinya yakin pihak yang bertanggungjawab akan atau telah mengambil tindakan sepatutnya.
Baginya, hal tersebut perlu diserahkan kepada pihak yang lebih arif dan bukannya menjadi bahan viral netizen. Tambahnya, dia juga faham hak-hak sebagai seorang pekerja memandangkan dia juga merupakan seorang majikan.
Yana juga sempat berasa terkilan kerana ramai menganggap dirinya ingin memenangkan rakan artis dan tidak mempedulikan orang yang teraniaya sedangkan pelakon ini hanya inginkan warganet menggunakan saluran yang betul.
Selain itu, kami kongsikan jug artikel trending yang lain pada pautan di bawah.