“Tak Ada Motif Nak Keluarkan Kenyataan Sebab Kami Tak Suka Perhatian” – Chacha Maembong Sedia Pertahankan Kakak

Hiburan

“Tak Ada Motif Nak Keluarkan Kenyataan Sebab Kami Tak Suka Perhatian” – Chacha Maembong Sedia Pertahankan Kakak

Pelakon, Chacha Maembong memberitahu kakaknya iaitu Emma Maembong lebih selesa untuk mendiamkan diri.

Menurut Mstar, Chacha atau nama sebenarnya Siti Aishah Ismail berkata, Emma lebih memilih untuk mengabaikan segala gosip murahan kerana tidak gemar dengan perhatian daripada netizen.

Advertisement

Tak ada motif nak keluarkan kenyataan sebab kami tak suka perhatian. Jadi untuk apa berbalas sedangkan perkara tu tak betul.

chacha maembong

Kami pilih untuk abaikan sahaja kerana orang tak akan faham dan tahu. Kalau kami pertahankan diri kami pun orang akan kata kami poyo dan buat drama.

Ketika ditanyakan mengenai sebuah hantaran yang mendakwa Emma pernah mengalami keguguran, Chacha memberitahu dia tidak mengetahui perkara tersebut.

Pelakon itu berkata setiap perkara yang dilakukan oleh kakaknya pasti akan diketahui oleh mereka selaku adik-beradik.

Pasal hantaran tu saya tak tau sebab saya tak tengok media sosial pihak sana. Saya kesian dekat kakak saya dia baru nak bangkit.

 

Setiap orang ada dugaan masing-masing mungkin orang dekat luar sana ada yang benci dan dengki, lagi-lagi bila dia dah solo.

chacha maembong dan emma maembong

Dalam pada itu, pelakon itu memaklumkan dia bersedia untuk menjadi pelindung buat kakaknya dalam pelbagai kontroversi yang melanda.

 

Sebelum ini, timbul gosip mengatakan Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail sudah berkahwin dengan seorang deejay yang dikenali sebagai DJ Kidd.

Emma maembong didakwa sudah bernikah dengan dj kelab malam
1 week ago

Emma Maembong Didakwa Sudah Kahwin Dengan Deejay Kelab Malam, Ini Respon Chacha Maembong

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Mstar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...