Mantan peserta All Stars Gegar Vaganza (ASGV), Aliff Aziz mengakui dirinya kini ingin mengambil masa berehat dari industri seni bagi mengalihkan fokusnya kembali kepada meluangkan masa dengan isteri dan anak-anak. Katanya, disebabkan pertandingan dan kerja yang lain membuatkan dirinya semakin susah mempunyai masa dengan keluarga.
Tambah Aliff, kerja yang berturut-turut itu membuatkan dirinya cepat merasa tiada mood kerana penat dan hilang energi semasa bekerja. Disebabkan itu, dirinya mengambil keputusan untuk mengambil masa untuk bersama keluarga kini.
Tetapi saya faham, ini semua sebahagian daripada kerjaya saya dan nak berjaya itu tidak mudah.
Tak adalah merancang apa sangat, cuma nak pastikan diri ini dapat pulih dari aspek kesihatan, mungkin bercuti bersama keluarga.
View this post on Instagram
Bukan itu sahaja, penyanyi lagu Kalau Cinta ini juga berharap dengan adanya rehat yang cukup, dia dapat kembali dengan kondisi yang lebih baik lebih-lebih dengan single terbarunya yang akan datang.
Pada masa yang sama, selaku aktor juga, Aliff sedang merancang untuk meneliti tawaran-tawaran kerja lakonan yang ditawarkan oleh pihak produksi kepadanya. Setelah mengambil sedikit masa untuk berehat dari industri seni, Aliff bakal kembali menghiburi para peminatnya.
Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.