Sebenarnya satu perkara biasa untuk orang berniaga menjual barang yang tidak pun digunakan olehnya sendiri. Contoh macam orang berniaga kereta Kia tetapi dia sendiri memandu kereta Proton. Atau jual baju Melayu tapi dia sendiri hanya pakai kemeja je. Jadi Abang Nara tak nampak masalah apabila Zara Zya menjual tudung walaupun dirinya belum lagi bertudung.
Namun Abang Nara memahami apabila ada sesetengah pihak mempertikaikan tindakan Zara Zya menjual tudung walaupun diri sendiri tidak menutup aurat. Iyerlah ini kan bab agama. Lagipun nampak agak pelik juga apabila si penjual sendiri tidak bertudung tetapi beria-ia mempromosikan tudungnya. Namun ia bukanlah satu kesalahan. Kata Zara menerusi Mstar Online:-
Saya rasa tidak ada masalah untuk saya jual tudung walaupun saya belum bertudung. Peminat-peminat saya ramai yang bertudung, manakala saya sendiri banyak membawa watak sebagai perempuan bertudung. Saya malas ambil peduli mereka yang beri komen negatif kerana kita buat baik ke tidak ke… ada sahaja komen-komen negatif ini.
Abang Nara lihat banyak artis kebelakangan ini tampil dengan produk mereka sendiri. Tak kiralah tudung ke, baju ke, kuih-muih ke. Semuanya ada produk sendiri untuk dijual menerusi media sosial terutamanya. Satu perkembangan yang amat baik. Takkan sampai mati nak harap pendapatan daripada berlakon dan menyanyi je kan? Apa pun, semoga perniagaan tudung Zara Zya akan berkembang dan suatu hari nanti akan mendapat petunjuk untuk bertudung ketika menjual tudung. Sama-samalah kita doakan.
P.S: Iklan raya Proton tunjukkan ‘teaser’ model terbarunya