Ingin menjelaskan isu tersebut bukanlah satu masalah yang besar, Mia menerusi Insta Story memuat naik “screenshot” perbualan Izham bersama seorang ustaz tentang hukum seorang isteri mencium suami di tempat terbuka.
Berdasarkan penjelasan ustaz berkenaan, tidak salah untuk seorang isteri memberikan ciuman cinta serta kasih sayang kepada suaminya asalkan perbuatan mereka tidak menimbulkan nafsu orang lain yang melihatnya.
Harapnya dengan penjelasan ini, tiada lagi pihak yang salah faham dan terus mengkritik Mia dan Izham. Mia juga tidak sengaja melakukan aksi tersebut.