Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

‘Tak Ada Maid..’ – Sari Yanti Akui Urus Hal Rumah Dan Anak-Anak Sendiri

sari yanti

Setelah melahirkan cahaya mata baru-baru ini, terdapat banyak soalan yang diajukan buat pelakon Sari Yanti mengenai caranya menguruskan hal rumah tangga dan juga anak-anak pada masa yang sama.

BACA: (TAHNIAH) Jep Sepahtu Dan Sari Yanti Selamat Timang Cahaya Mata Ketiga

Advertisement

Menurut Sari ketika menjawab soalan yang diajukan oleh pengikutnya menerusi fungsi soal jawab di Instagram Story, dia mengakui masih terkial-kial dalam menguruskan hal rumah dan juga anak-anak tanpa pertolongan pembantu namun dia menganggap perkara tersebut merupakan satu pembelajaran buat dirinya untuk menjadi isteri dan ibu yang lebih baik.

sari yantiSumber : Instagram Sari Yanti  

Isteri kepada pelawak, Jep Sepahtu membalas soalan yang oleh seorang individu yang bertanya sama ada dia sudah mempunyai pembantu rumah atau belum atas kerana ternampak seorang wanita dalam Instagram Story nya sebelum ini,

Tak ada maid. Owh… itu confinement lady yang jaga akak dalam pantang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sari Yanti (@sariyanti)

Sari memperjelaskan lagi bahawa wanita yang dianggap sebagai pembantu oleh pengikutnya merupakan orang yang menjaganya ketika beliau di dalam tempoh berpantang.

Sedia maklum, pada 15 Mei yang lalu, Sari telah selamat melahirkan cahaya mata ketiga bersama suaminya, Jep Sepahtu dan kini telah menjalani tempoh berpantang untuk hari yang ke-21.

SUMBER : Gempak
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

2 Comments

  1. Mat Katang

    June 14, 2021 at 2:31 pm

    ni baru real. bukan mcm hamis zelike dgn pendek tu.
    acah2 busy buat kerja dlm rumah. padahal ada maid uruskan

  2. tunnel rush

    June 10, 2021 at 3:26 pm

    Dia telah menjadi wanita keluarga, tidak hanya pandai mengerjakan pekerjaan rumah tangga tetapi juga pandai bekerja sosial.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top