Setelah melahirkan cahaya mata baru-baru ini, terdapat banyak soalan yang diajukan buat pelakon Sari Yanti mengenai caranya menguruskan hal rumah tangga dan juga anak-anak pada masa yang sama.
Menurut Sari ketika menjawab soalan yang diajukan oleh pengikutnya menerusi fungsi soal jawab di Instagram Story, dia mengakui masih terkial-kial dalam menguruskan hal rumah dan juga anak-anak tanpa pertolongan pembantu namun dia menganggap perkara tersebut merupakan satu pembelajaran buat dirinya untuk menjadi isteri dan ibu yang lebih baik.
Isteri kepada pelawak, Jep Sepahtu membalas soalan yang oleh seorang individu yang bertanya sama ada dia sudah mempunyai pembantu rumah atau belum atas kerana ternampak seorang wanita dalam Instagram Story nya sebelum ini,
Tak ada maid. Owh… itu confinement lady yang jaga akak dalam pantang.
View this post on Instagram
Sari memperjelaskan lagi bahawa wanita yang dianggap sebagai pembantu oleh pengikutnya merupakan orang yang menjaganya ketika beliau di dalam tempoh berpantang.
Sedia maklum, pada 15 Mei yang lalu, Sari telah selamat melahirkan cahaya mata ketiga bersama suaminya, Jep Sepahtu dan kini telah menjalani tempoh berpantang untuk hari yang ke-21.