“Tak Ada Kerja Ke?!” – Buat Perbandingan Neelofa Dan Fazura, Netizen Rasa David Teo Nak Tumpang Populariti?

Hiburan

“Tak Ada Kerja Ke?!” – Buat Perbandingan Neelofa Dan Fazura, Netizen Rasa David Teo Nak Tumpang Populariti?

Baru-baru ini, penerbit filem terkenal iaitu Mejar (k) David Teo memuat naik satu hantaran di Instagram memuji kecantikan dua selebriti iaitu Fazura dan Neelofa biarpun sudah memiliki cahaya mata.

Bukan hanya memuji kedua-dua wanita itu, malah David juga sempat memuji kecomelan anak-anak mereka seperti yang dipaparkan di media sosial.

Advertisement

Bila jelitawan dan heroin sekarang dah ada anak.. Tetap cantik dan anak nya pun comel kan?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by David Teo (@davidteo99)

Biarpun ramai yang bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh penerbit filem tersebut, ada juga sesetengah netizen yang menganggap dia hanya ingin menumpang ‘populariti’ dengan membandingkan dua selebriti itu.

Malah, mereka juga merasakan David sengaja memilih Fazura dan Neelofa, sedangkan ramai saja selebriti lain yang juga mempunyai cahaya mata.

komen netizen

komen netizen

Boleh dikatakan kedua-dua selebriti yang juga merupakan usahawan ini sering dibandingkan, tidak kira dari segi pemakaian ataupun cara kehidupan mereka. Jadi disebabkan itu, netizen berasa kurang senang apabila David berbuat sedemikian kerana seolah-olah tahu orang ramai akan menjadikan ia sebagai bahan bualan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

2 years ago

(VIDEO) "Sumpah Saya Tak Tinggal Awak" - Hanya Mampu Meraung, Suami Lihat Isteri Rentung Depan Mata

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...