Baru-baru ini, melalui akaun Threads pelakon jelita, Nadia Brian, dia ada memuat naik satu hantaran mengenai ciri-ciri lelaki idamannya yang telah menarik perhatian ramai.
Dalam hantaran tersebut, Nadia atau nama sebenarnya, Nadia Najwa Mohamed Rashidi tertanya jika wujudkah lelaki menjaga solat dan mempunyai keperibadian yang baik ketika ini.
View this post on Instagram
Tak ada ke lelaki yang solat, single, soft spoken & tinggi than me kat Malaysia ni?
Namun begitu, aktres terbabit turut mengakui dirinya sudah penat untuk menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana lelaki dan hanya mahu fokus kepada perkara yang membuatkan dia bahagia saja.
Sekadar info, sebelum ini Nadia pernah mendirikan rumah tangga bersama Muizz Nasruddin pada tahun 2019, namun perkahwinan tersebut hanya bertahan selama dua tahun dan pelakon itu memaklumkan dia sudah diceraikan dengan talak dua.