“Tak Ada Jugak Jodoh, Saya Sediakan Tabung..” – Sharnaaz Nak Duduk Rumah Orang Tua Kalau Terus Menduda

Hiburan

“Tak Ada Jugak Jodoh, Saya Sediakan Tabung..” – Sharnaaz Nak Duduk Rumah Orang Tua Kalau Terus Menduda

Pelakon, Sharnaaz Ahmad mengakui dia sedia menetap di rumah jagaan orang tua sekiranya masih tidak bertemu jodoh dan terus menduda hingga ke hari tua.

Bukan itu sahaja, Sharnaaz atau nama sebenarnya, Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad berkata dia juga akan mula menabung untuk hidup sendiri di rumah jagaan tersebut.

Advertisement

Kalau tak ada juga jodoh, saya bersedia ‘tabung’ rumah orang tua-tua mewah punya.. pakai jaket bulu merah sambil hisap ‘cigar’,  tengok hujan rintik ikut tingkap.

Ada juga kawan-kawan boleh main dam aji tak pun, snuker ‘lucky ball’

Bagaimanapun, pelakon berusia 37 tahun itu tidak menolak jika bertemu jodoh dengan mana-mana wanita namun lebih memilih wanita yang bukan dalam kalangan artis atau selebriti.

Saya tak mencari tapi kalau Allah dah tentukan saya akan ada bini, saya terima, Jebat ada ‘mummy’ baru. Yang pasti, bukan pelakon!

Sebelum ini, Sharnaaz mengakui sudah mempunyai kekasih namun masih belum bersedia untuk mendedahkan soal peribadi secara terbuka.

Menurut bekas suami kepada Noor Nabila itu, dia bimbang sekiranya hubungan tersebut tidak berakhir dengan baik memandangkan usianya semakin meningkat.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Liyana Jasmay
1 year ago

"Makin Hitam Macam Orang Kampung" - Liyana Jasmay Kena 'Face Shaming', Ini Respon Tuan Badan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...