Pelakon, Sharnaaz Ahmad mengakui dia sedia menetap di rumah jagaan orang tua sekiranya masih tidak bertemu jodoh dan terus menduda hingga ke hari tua.
Bukan itu sahaja, Sharnaaz atau nama sebenarnya, Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad berkata dia juga akan mula menabung untuk hidup sendiri di rumah jagaan tersebut.
Kalau tak ada juga jodoh, saya bersedia ‘tabung’ rumah orang tua-tua mewah punya.. pakai jaket bulu merah sambil hisap ‘cigar’, tengok hujan rintik ikut tingkap.
Ada juga kawan-kawan boleh main dam aji tak pun, snuker ‘lucky ball’
Bagaimanapun, pelakon berusia 37 tahun itu tidak menolak jika bertemu jodoh dengan mana-mana wanita namun lebih memilih wanita yang bukan dalam kalangan artis atau selebriti.
Saya tak mencari tapi kalau Allah dah tentukan saya akan ada bini, saya terima, Jebat ada ‘mummy’ baru. Yang pasti, bukan pelakon!
Sebelum ini, Sharnaaz mengakui sudah mempunyai kekasih namun masih belum bersedia untuk mendedahkan soal peribadi secara terbuka.
Menurut bekas suami kepada Noor Nabila itu, dia bimbang sekiranya hubungan tersebut tidak berakhir dengan baik memandangkan usianya semakin meningkat.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.