“Tak Ada Istilah Tumpang- Tumpang” – Amar Baharin Didakwa Tunggang ‘Tuah’ Isteri

Hiburan

“Tak Ada Istilah Tumpang- Tumpang” – Amar Baharin Didakwa Tunggang ‘Tuah’ Isteri

Seperti yang ramai ketahui, pasangan sedondon iaitu pelakon Amar Baharin dan isterinya, Amyra Rosli merupakan selebriti terkenal yang berada di dalam industri seni Malaysia.

Bagaimanapun, segelintir pihak telah menimbulkan persepsi bahawa Amar hanya menumpang tuah isterinya untuk mendapat peluang dalam industri seni.

Advertisement

Tampil menolak persepsi berkenaan, Amar berkata mereka sebagai pasangan suami dan isteri sebaliknya saling membantu satu sama lain.

Kami berdua berada dalam industri yang sama, dia cipta karier dia sendiri, saya pun cipta karier saya.

Menurut Amar, mereka berdua menjalankan tanggungjawab dengan baik dan masing-masing memainkan peranan untuk memastikan rumah tangga mereka sentiasa harmoni.

Kami saling membantu antara satu sama lain. Itu saja lah. Tak ada istilah tumpang-tumpang tuah.

Tambahnya lagi, mereka juga tidak mempunyai masalah dalam isu kerja kerana sentiasa berbincang sebelum menerima apa-apa tawaran.

Info tambahan, Amar Baharin dan Amyra Rosli telah mendirikan rumah tangga pada November 2016 dan telah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi dan Ayra Aryssa.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

5 bulan lalu

Tunjuk 'View' Sama, Netizen Dakwa Hairul Azreen 'Sultan Pemurah'?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Utusan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Tinggalkan Komen Anda Di Sini