“Tak Ada Istilah Segan Hanya Menghormati..” Ibu Mentua Tiri Nafi Tidak Selesa Dengan Menantu, Shuib Sepahtu

Hiburan

“Tak Ada Istilah Segan Hanya Menghormati..” Ibu Mentua Tiri Nafi Tidak Selesa Dengan Menantu, Shuib Sepahtu

Turut terpalit dengan kata-kata tidak enak daripada sesetengah pengguna media sosial, ibu tiri kepada Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin, Siti Fatimah Suberi mengakui agak terkejut apabila ada dakwaan timbul yang mengatakan menantunya, Shuib kelihatan seperti agak segan ketika berkumpul satu keluarga bersama-sama.

Fatimah yang lebih mesra disapa sebagai Makder ini ada memuat naik sebuah hantaran tangkap layar perbualan seorang individu yang menegur mengenai hal berkaitan hubungan kekeluargaan mereka.

Advertisement

Tampil menjelaskan isu tersebut, Fatimah berkata istilah segan tidak pernah wujud memandangkan mereka adalah satu keluarga dan hanya menghormati antara satu sama lain.

Mungkin apa yang orang nampak ingat Shuib segan dengan saya tapi sebenarnya kami saling menghormati.

Tambahnya lagi, tiada istilah menantu tiri atau apa-apa saja seperti yang didakwa netizen dan Fatimah menegaskan bahawa Shuib merupakan salah seorang daripada ahli keluarganya.

Terdahulu, seorang individu telah menghantar sebuah mesej berbunyi “Assalam makde, ada sesuatu nak kongsikan sebab saya tengok story makder sebelum ini saya tengok Shuib macam segan sikit dengan makder. Semoga bermanfaat.”

Dalam hantaran yang sama, individu itu turut menyertakan sepotong artikel yang menyentuh isu hukum hakam antara mentua tiri dan menantu lelaki.

Majlis tahnik dan cukur jambul Ayash Affan
3 years ago

"Tak Kisah Orang Kata Saya Belum 'Move On'.." Shuib Masih Tunggu Arwah Isteri Datang Dalam Mimpi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...