“Tak Ada Istilah Penyanyi ‘Vass’ Atau Tak..” Didakwa Hanya Kompos Lagu Untuk Artis Terkenal, Hael Husaini Tampil Beri Penjelasan

Hiburan

“Tak Ada Istilah Penyanyi ‘Vass’ Atau Tak..” Didakwa Hanya Kompos Lagu Untuk Artis Terkenal, Hael Husaini Tampil Beri Penjelasan

Penyanyi dan komposer terkenal, Hael Husaini tampil menafikan dakwaan mengatakan dia bersikap pilih kasih dalam memberikan lagu hasil ciptaannya kepada mana-mana individu yang datang kepadanya.

Hael menjelaskan, dia tidak pernah meletakkan sebarang syarat atau peraturan khas dalam memberikan karya kepada penyanyi di luar sana.

Advertisement

Menurutnya lagi, dia sama sekali tidak kisah jika mana-mana artis yang terkenal ataupun tidak datang mendapatkan khidmat kerana dia sentiasa suka bereksperimen dengan hasil lagu ciptaannya.

“Mana ada begitu (pilih artis yang ada nama). Tak ada istilah penyanyi ‘vass’ ke tak. Bagi saya semua sama sahaja. Kalau yang datang itu ada nama, alhamdullilah. Kalau yang datang tak ada nama pun, saya terima sebab saya sentiasa suka bereksperimen. Ada saja yang ‘vass’ tak datang, tapi bila saya ada peluang kerjasama, itu kira ada rezeki,”

Hael juga mengakui, dia lebih suka bersikap terus-terang kepada mereka yang tampil untuk mendapatkan lagu mungkin disebabkan oleh kekangan masa dan idea. Dalam pada masa yang sama, pencipta lagu Anta Permana ini turut menepis dakwaan bahawa wujud isu sukar untuk bekerjasama seperti yang didakwa beberapa pihak sebelum ini.

View this post on Instagram

Attention to all BUJANG. Filter ini anda punya!Enjoy! . slide untuk cara menguna filter BUJANG . #bujanghh

A post shared by HH (@haelhusaini) on

Hael menjelaskan dia memerlukan masa untuk mencipta sesebuah lagu kerana prinsipnya mementingkan kualiti daripada kuantiti dalam penghasilan karya.

“Biarlah kalau satu single itu orang amanatkan buat lagu, karya itu menjadi yang terbaik buat mereka dan mereka berpuas hati,”

Penyanyi yang popular dengan lagu Jampi ini sebelum ini pernah menghasilkan lagu untuk beberapa artis terkenal seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza serta rakan-rakan seangkatannya dalam program Akademi Fantasia seperti Nabila Razali, Indah Ruhaila dan juga Amira Othman.

Sumber: Astro Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...