“Tak Ada Duit Macam Mana Nak Kahwin?”- Azrel Ismail Sibuk Kumpul Aset, Serah Soal Jodoh Pada Illahi

Hiburan

“Tak Ada Duit Macam Mana Nak Kahwin?”- Azrel Ismail Sibuk Kumpul Aset, Serah Soal Jodoh Pada Illahi

Pelakon Azrel Ismail berkata, dia kini hanya mahu fokus kepada kerjaya dan menyerahkan soal jodoh kepada Illahi kerana memikirkan tentang tanggungjawab berat bergelar suami jika sudah mendirikan rumah tangga.

Azrel IsmailSumber : Instagram Azrel Ismail  

Mengakui dirinya masih solo dan belum bertemu calon kekasih yang sesuai, Azrel turut mengakui bahawa dirinya kini sudah lali dengan gosip percintaan bersama rakan artis.

Advertisement

Manakan tidaknya, sebelum ini pelakon drama Pinggan Tak Retak Nasi Tak Basah ini pernah dikaitkan dengan pelakon kecil molek, Ruhainies.

Meskipun begitu, dia tidak ada sebab untuk bermasam muka dengan pelakon wanita itu kerana mereka kekal bersahabat walaupun pernah terpalit dengan gosip cinta tidak lama dahulu.

“Saya dan Ruhainies, kami masih bersahabat baik. Lagi pun, kisah dahulu itu hanya gosip sahaja. Jadi buat apalah nak simpan dalam hati hingga putus sahabat kerana itu. Bagi saya, kena profesional dan matang. Ditambah, industri hiburan di Malaysia ini pun tidaklah besar dan rugi kalau kita bergaduh atau bermasam muka. Untuk saya kami tidak pernah bermasalah.”

Tambahnya lagi, ekonomi yang belum cukup kukuh dan stabil membuatkan dia berfikir banyak sebelum mengambil keputusan untuk mencari pasangan hidup. Azrel juga menjelaskan bahawa tanggungjawab sebagai ketua keluarga amatlah besar jadi dia ingin memastikan bahawa dia memiliki aset yang cukup buat bakal keluarganya kelak.

Perkembangan terkini, Azrel kini dapat dilihat aksi lakonannya menerusi drama Melastik Ke Hatimu, Halim Halimah dan juga sebuah naskah filem terbaru berjudul Biko yang bakal ditayangkan tidak lama sahaja lagi.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...