“Tak Ada Dapat Notis Pun”, Wang Simpanan Sebanyak RM40,000 Lesap Dalam Diam

Teknologi

“Tak Ada Dapat Notis Pun”, Wang Simpanan Sebanyak RM40,000 Lesap Dalam Diam

Kes akaun bank digodam memang sering berlaku yang mana menyebabkan kerugian sangat tinggi pada pemilik akaun. Kadang kala ada yang diakibatkan oleh kecuaian sendiri tapi ada juga yang dilakukan oleh pihak ketiga.

Kali ini pula pengguna Twitter ini berkongsikan kisah bagaimana adiknya kehilangan wang sebanyak RM40 ribu dalam akaun Maybank miliknya. Yang mencurigakan, tak ada sebarang notifikasi transaksi dimaklumkan.

Advertisement

“Dah report polis dgn freeze account tu. Bank deny about the hacking, they continously deny and push the responsibilty kat adik aku.”

 

Wang simpanan yang disimpan sejak 10 tahun lalu lesap dalam sekelip mata. Pada awalnya, beliau yang curiga tentang aktiviti godam ini telah ke Maybank sendiri untuk mendapatkan maklumat tentang akaunnya itu.

Sebaliknya pula berlaku apabila Maybank memaklumkan ianya bukanlah aktiviti godam tetapi berpunca dari adiknya sendiri. Tetapi yang mencurigakan, dia sendiri tidak tahu bagaimana transaksi boleh berlaku tanpa pengetahuannya.

Adik aku takde dapat any calls, text, tac or push notification pun about this. Dah check phone tu beberapa kali dah and memang tak ada langsung. Lagi sedih bila kena soal sampai mereka assume tac text tu adik aku delete.

transaksi akaun bank
Ternyata bila disiasat, dua transaksi bernilai RM20,000 setiapnya dilakukan kepada platform DuitNow. Melalui perkongsian ini, ramai yang mempersoalkan respon dari pihak Maybank tentang isu itu dan bagaimana dia tidak menerima sebarang mesej TAC langsung.

 

 

 

 

Dikatakan mereka masih lagi mencari usaha untuk menyelesaikan masalah ini. Buat masa ini, semua dinasihatkan untuk berhati-hati ketika menggunakan transaksi atas talian.

Sumber: Twitter 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...