Sebelum ini, nama pelakon genit Nad Zainal menjadi bahan bualan netizen apabila dia didakwa pergi bercuti bersama seorang pelakon lelaki meskipun baru sahaja bercerai.
Tidak berdiam diri dengan spekulasi yang dibuat netizen itu, pelakon drama Hati Yang Tersakiti ini berkata dia ke lokasi percutian itu atas urusan kerja dan juga ditemani pembantu peribadi.
Kata Nad lagi, dia bukanlah bercinta dengan aktor lelaki tersebut sampai ke tahap untuk ‘cover line’ atau berselindung daripada peminat.
Saya hendak tegaskan kami pergi untuk bekerja. Saya tidak pergi berseorangan. Kami pergi ke luar negara pun rasanya ramai yang sudah tahu kerana kami kongsi perkara itu dalam media sosial.
Ujarnya, dia mengaku berkawan rapat dengan pelakon lelaki itu kerana wujud keserasian secara semula jadi dan berkongsi pemikiran dan visi yang sama.
Difahamkan, Nad telah dilihat bersama-sama dengan pelakon Ungku Ismail ke Bali Indonesia bagi tujuan penggambaran Vlog saluran YouTube milik mereka berdua.
“Projek travelog itulah yang membuatkan kami mengunjungi Bali. Mungkin selepas ini, kami akan pergi ke Phuket dan Seoul, Korea Selatan untuk tujuan sama.” jelasnya lagi. – Berita Harian
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.