“Tak Ada Beza, Sama Sahaja” – Linda Jasmine Bersyukur Kisah Perceraiannya Tidak ‘Sensasi’ Di Media Sosial

Hiburan

“Tak Ada Beza, Sama Sahaja” – Linda Jasmine Bersyukur Kisah Perceraiannya Tidak ‘Sensasi’ Di Media Sosial

Koreografer terkenal, Linda Jasmine Hashim, 52, meluahkan rasa syukur apabila kisah perceraiannya bersama bekas suami, pelakon Que Haidar tidak sensasi dan ‘kecoh’ seperti pasangan selebriti lain.

Linda yang ditemui dalam satu majlis di ibu kota berkata, hubungannya bersama Que kekal baik demi anak-anak.

Advertisement

Sebelum saya kahwin dengan Que, saya sudah biasa seorang dan semuanya (urus anak) saya buat sendiri. Jadi, sebenarnya tak ada beza. Sama saja (selepas perceraian).

Hubungan saya dengan dia (Que) juga okay, tiada masalah. Kami berpisah secara baik Alhamdulillah. Memang kami okay tiada masalah.

Ujar Linda lagi, dia dan Que sudah sepakat untuk tidak berkongsi hal peribadi kepada umum kerana enggan mengeruhkan keadaan.

Memang saya cuba elak ‘as much as possible’ daripada apa-apa khabar (di media sosial). Sebab bagi saya, ini isu peribadi (hal rumahtangga) dan buat apa saya nak ‘share’ (kongsi) dengan semua orang.

Jadi, saya rasa tak perlu kot. Tak perlu, tak perlu (buat sebarang perkongsian hal rumahtangga). Saya juga tak nak macam kecoh-kecoh yang tak sepatutnya, tak diperlukan pun.

Terdahulu, Linda dan Que memaklumkan mereka berdua telah bercerai pada 2 Julai tahun lalu setelah 15 tahun hidup berumah tangga.

Kedua-duanya bernikah pada 14 Februari 2009 dan turut dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu Tengku Ratu Haidar,16, dan Tengku Cleopatra Haidar, 13.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Fasha Sandha enggan ulas isu bertudung penuh
1 hour ago

"Saya Tak Layak Bercakap Hal-Hal Keagamaan.." - Fasha Sandha Enggan Ulas Isu Sudah Berhijab

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...