Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq sering mendapat perhatian dan seolah-olah tak boleh nak lari daripada menjadi sasaran netizen untuk dikritik. Terbaru, pemakaian Syed Saddiq yang mesra dipanggil Bro Saddiq itu telah menjadi isu diperkatakan oleh segelintir netizen.
Menerusi gambar yang dikongsikannya di Instagram, Syed Saddiq dilihat memakai kemeja berwarna putih dan telah membuka baju tersebut untuk menerima suntikan vaksin.
Berdasarkan gambar tersebut, dia dilihat menutup bahagian badannya menggunakan kemeja terbabit dan hanya mendedahkan lengan kanannya ketika disuntik.
Bagaimanapun, pemakaiannya itu mendapat kecaman segelintir pihak di media sosial. Satu akaun di Twitter dilihat mengkritiknya kerana tidak memakai baju yang sesuai untuk pergi menerima suntikan vaksin terbabit.
Kau orang tengoklah perangai dia ni. Camni yang segelintir budak muda sanjung.”
Meskipun begitu, Saddiq dilihat memberi respon terhadap komen tersebut dan menerangkan bahawa dia baru sahaja pulang dari wawancara bersama pihak media berkenaan misi banjir.
Pakai Kemeja putih kerja pun salah ?
Saya baru balik dari wawancara dengan media berkenaan misi banjir.
Seriously. Don’t you have anything better to do? https://t.co/O8y15CEDGM
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) January 4, 2022
Sejak banjir melanda beberapa negeri di Malaysia, Saddiq bersama team MUDA merupakan antara yang aktif membantu termasuklah mengumpul dana sehingga RM1 juta untuk meringankan beban mangsa banjir.