“Tak Ada Asas Undang-Undang” – Tiada Pengakuan Bersalah Dari Ibu Bapa Mangsa, Peguam Maklum Prosiding Bersambung Esok

Berita

“Tak Ada Asas Undang-Undang” – Tiada Pengakuan Bersalah Dari Ibu Bapa Mangsa, Peguam Maklum Prosiding Bersambung Esok

Hari ini media menumpukan perhatian terhadap prosiding tertutup melibatkan kes pembunuhan adik Zayn Rayyan di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya sejak 7.30 pagi tadi.

Peguam hanya diberitahu pagi ini

Selain menantikan perkembangan kes, kehadiran peguam mewakili ibu bapa Zayn Rayyan turut mencuri tumpuan kerana Fahmi Abd Moin mendakwa dia hanya mendapat info untuk hadir ke mahkamah pada jam 9 pagi tadi.

Advertisement

Difahamkan, prosiding yang dijalankan adalah tertutup dan pengamal media juga tidak dibenarkan masuk serta dikawal ketal pihak berkuasa.

Prosiding itu dilaporkan selesai sebentar tadi dan kedua-dua peguam mewakili ibu bapa mangsa, Fahmi Abd Moin dan Mahmud Jumaat tampil memberikan kenyataan mengenai prosiding hari ini.

Peguam ibu bapa Zayn Rayyan

Sumber: Kosmo Live

Difahamkan, ibu Zayn Rayyan, Ismanira Abdul Manaf hadir ke mahkamah untuk memberi pengakuan dan wanita itu merekodkan pengakuan tidak bersalah.

Manakala bapa Zayn tidak hadir ke mahkamah pada hari ini.

Prosiding bersambung esok

Menurut Fahmi, baginya proses yang dihadapinya pada kes kali ini agak ‘luar biasa’ dan berpendapat bahawa anak guamnya tidak mendapat keadilan dari segi mendapatkan bantuan peguam untuk urusan di mahkamah hari ini.

Zayn Rayyan

Sumber: Google

“Proses luar biasa, ikutkan betul atau tidak, tak betul, tak ada asas undang-undang” ujarnya ketika ditemu ramah media.

Pada 6 Disember tahun lalu, mayat Zayn Rayyan, 6, ditemukan dalam keadaan terbaring di aliran anak sungai berhampiran rumahnya di Apartment Idaman selepas dilaporkan hilang sehari sebelumnya.

Kanak-kanak itu dipercayai dibunuh apabila hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher serta badannya akibat mempertahankan diri.

Perkembangan lanjut menyusul.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Mahmud Jumaat
7 months ago

"Datuk Zayn Ada Mohon Maaf" - Mahmud Maklum Beliau Masih Peguam Wakili Ibu Zayn Rayyan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...