“Tak Ada Adab, Tak Ada Rasa Hormat..” – PU Azhar Luah Rasa Geram, Kecam Tindakan Wanita Rakam & Halau Bapanya Dari Surau

Kehidupan

“Tak Ada Adab, Tak Ada Rasa Hormat..” – PU Azhar Luah Rasa Geram, Kecam Tindakan Wanita Rakam & Halau Bapanya Dari Surau

Lelaki yang dihalau dari surau di Teluk Panglima Garang rupa-rupanya adalah bapa kepada pendakwah dan personaliti TV terkenal, PU Azhar Hilmi.

Menerusi satu hantaran di Facebook, PU Azhar meluahkan rasa kesal apabila bapanya diperlakukan sedemikian rupa seolah-olah membuat satu kesalahan besar.

Advertisement

pu azhar

Rutin duduk surau

Menurutnya, iktikaf di surau selepas solat subuh memang menjadi rutin harian bapanya dan kebiasaannya berakhir selepas masuk waktu dhuha.

Seawal pagi, abah ke surau untuk solat subuh. Lepas solat, macam biasa abah akan duduk sekejap, baca al-Quran sambil tunggu waktu dhuha. Dah selesai solat sunat dhuha, baru dia akan gerak balik.

 

Tapi pagi itu, datang seorang wanita dipercayai dari pengurusan dan terus halau abah keluar dari surau.

Tak ada adab

Dalam pada itu, pendakwah itu turut berkata tindakan wanita tersebut bukan saja menghalau, malah merakam bapanya secara terbuka jelas menunjukkan sikap kurang hormat terhadap jemaah yang datang ke surau.

lelaki dihalau dari surau

Lebih menyakitkan, dia siap rakam video abah secara terbuka seolah-olah abah ni buat salah besar. Tak ada adab. Tak ada ihsan. Tak ada rasa hormat. Rasa geram dan sakit hati bila tengok video tu.

PU Azhar turut mempersoal sejak bila surau menjadi tempat eksklusif hingga jemaah perlu dihalau, sedangkan mereka datang untuk beribadah.

Abah saya bukan tidur dalam surau. Bukan buat bising. Bukan ganggu sesiapa. Dia cuma duduk diam, baca al-Quran, tunggu waktu dhuha lepas tu nak balik. Tapi inilah yang berlaku.

 

Kalau beginilah layanan kita terhadap orang tua yang datang ke rumah Allah, apa yang tinggal pada kita sebagai masyarakat?

Pada masa yang sama, PU Azhar turut menitipkan pesanan kepada orang ramai agar terus menjaga adab.

Kita jaga surau, ya. Tapi jangan sampai kita jaga bangunan, tapi lupa jaga adab.

 

Kita boleh halau orang dari surau. Tapi kita tak boleh halau doa dan keluhan mereka dari langit. Geramnya lahai. Allah.

Sebelum ini, media melaporkan seorang wanita telah menegur seorang jemaah lelaki yang sedang beribadah di sebuah surau.

Tindakan wanita itu telah mendapat perhatian ramai selepas dia meminta jemaah lelaki itu beredar dari surau dengan alasan baru-baru ini berlaku kes kecurian di surau tersebut.

Tular Video Wanita Halau Jemaah Lelaki Dari Surau, Ahli Jawatankuasa Tampil Beri Penjelasan - "Si Perakam Bukan AJK.."
3 hours ago

Tular Video Wanita Halau Jemaah Lelaki Dari Surau, Ahli Jawatankuasa Tampil Beri Penjelasan - "Si Perakam Bukan AJK.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...