Tajuddin Abdul Rahman Dedah Umno Tak Puas Hati Dengan Pembahagian Jawatan Kabinet

Trending

Tajuddin Abdul Rahman Dedah Umno Tak Puas Hati Dengan Pembahagian Jawatan Kabinet

Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman selaku Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno tampil menafikan wujud perebutan kuasa sehingga menimbulkan masalah dalaman kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Menurutnya, masalah timbul berikutan pembahagian kerusi Kabinet yang tidak memihak kepada parti Umno.

Advertisement

“Umno mempunyai jumlah kerusi Parlimen yang besar tetapi jawatan menteri yang diberikan kepada kami tidak seimbang. Umno, Bersatu dan Pas bersama dalam satu kerajaan dan masing-masing menyumbang kepada penubuhan kerajaan,”

Dedahnya lagi, setiap parti diberikan peranan sewajarnya untuk memberi khidmat kepada rakyat.

“Macam geng Azmin (Menteri Kanan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali), mereka hanya bawa sembilan kerusi saja (dalam PN) tetapi setiap seorang diberi kedudukan, sedangkan Umno lebih 30 kerusi,”

Disoal adakah ia merupakan senario perebutan kuasa yang dibangkitkan segelintir pihak, beliau menegaskan tanggapan itu adalah tidak benar.

“Tidak betul, wrong perception kerana setiap daripada kami tidak pernah mengabaikan rakyat. Pemimpin kerajaan sentiasa bekerjasama dan memberi perhatian serius kepada rakyat terutamanya membabitkan peruntukan kewangan kepada rakyat. Sehingga hari ini, saya tidak nampak rungutan daripada orang awam mengenai pengendalian kerajaan dalam masalah Covid-19 kerana keprihatinan pemimpin politik dalam perkara ini tidak boleh dipertikai sama sekali,”

Meskipun begitu, Tajuddin yang terkenal dengan sikap profesionalnya itu akui rakyat tidak wajar menuding jari hanya kepada pemimpin politik semata-mata dalam isu ekonomi yang melanda negara ketika ini. Hal ini demikian kerana, penularan wabak Covid-19 ini merupakan suatu bencana.

“Masalah ekonomi tidak dapat dielakkan apabila orang awam tidak dapat keluar bekerja. Malah, pelabur-pelabur juga tidak dapat melabur kerana kejatuhan ekonomi. Masalah ini tidak boleh disalahkan kepada kerajaan, pembangkang mahupun pemimpin. It’s something beyond our control. Ini adalah bencana,”

Sumber: Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...