Tajaan Perkahwinan Che Ta & Zain Cecah RM13 Juta

Hiburan

Tajaan Perkahwinan Che Ta & Zain Cecah RM13 Juta

Wow~~~ Terlopong mulut Abang Nara apabila mengetahui jumlah tajaan yang diterima oleh bakal pengantin baru, Rozita Che Wan dan Zain Saidin. RM13 juta tue. Inilah namanya rezeki nak mendirikan masjid. Kalau perkahwinan Abang Nara ada orang nak sponsor sampai sebegini rupa, kecil tapak tangan, nyiru Abang Nara tadahkan. Setakat yang Abang Nara ketahui, ini adalah jumlah tajaan terbesar yang pernah diterima oleh selebriti tanah air.

che ta dan zain

Advertisement

Tajaan termahal ialah daripada Habibs Jewels yang bakal memastikan Rozita Che Wan berseri-seri dengan barang kemas yang bernilai RM10 juta. Sementara itu busana yang bakal digayakan ketika malam berinai adalah tajaan Bianco Mirmosa bernilai RM55,000. Tidak ketinggalan baju nikah RM100,000 daripada Man Kajang dan baju persandingan bernilai RM150,000.

che ta dan zain

Bersyukur dengan tajaan yang sebegini banyak, Che Ta menafikan dia dan Zain membuat pinjaman bank untuk perkahwinan mereka. Kata Che Ta:-

Majlis perkahwinan kami ini bukan berniat untuk menunjuk-nunjuk, sebaliknya setiap tajaan yang kami perolehi ini merupakan satu rezeki. Kami memang tidak menyangka apabila ramai pihak sudi untuk menjadi penaja.

Pada awalnya kami cuma merancang untuk mengadakan majlis yang ringkas, misalnya upacara akad nikah pun sudah memadai. Mungkin dengan pelbagai tajaan yang diterima ini membuatkan majlis ini kelihatan besar dan meriah

Mana ada kami buat pinjaman bank? Semua perbelanjaan ditaja kecuali duit hantaran dan persembahan artis serta pengacara majlis datang daripada poket kami sendiri.

che ta

Untuk makluman, pengacara untuk majlis pernikahan ialah Ahmad Fedtri Yahya manakala majlis resepsi pula akan dihoskan oleh Datuk Mahathir Lokman. Pasangan pengantin ini akan berbulan madu mengeliling Eropah terutama di Itali, Jerman dan Belanda selepas selesai majlis mereka. Abang Nara doakan agar semuanya berjalan lancar dan penuh dengan kemeriahan nanti. Tak sabar nak menonton.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...