Taja RM 2 Juta Tanggung Percutian Mewah 100 Pekerja Ke Maldives, Sebagai Tanda Terima Kasih

Trending

Taja RM 2 Juta Tanggung Percutian Mewah 100 Pekerja Ke Maldives, Sebagai Tanda Terima Kasih

Seorang bos bermurah hati menghabiskan kira-kira RM 2 juta untuk buat satu kejutan percutian mewah ke Maldives untuk 100 pekerjanya.

Advertisement

Pengasas syarikat seni pertahankan diri Evolve, Chatri Sityodtong, menerbangkan pekerja-pekerjanya ke Maldives kerana dia berasa sangat gembira dengan keuntungan yang diperoleh oleh syarikat tersebut.

Menurutnya, Evolve – sebuah cawangan akademi MMA di Singapura telah menampakkan pertumbuhan 30% dan dia mahu berterima kasih kepada pekerjanya kerana bekerja keras.

Menurut Chatri, percutian adalah perkara biasa dalam Evolve dan sebelum ini dia sudah

“Ganjaran ini adalah satu cara saya mengucapkan terima kasih kepada semua bintang di Evolve MMA

“Setiap tahun, saya akan membawa kesemua pekerja ke percutian mewah di resort lima bintang di kawasan yang tidak diketahui (sebagai kejutan).

“Ramai pekerja saya suka mengembara ke serata dunia, tapi tidak mempunyai kemampuan. Kebanyakan pasukan saya ini datang dari latar belakang miskin, tragedi atau kesengsaraan

“Bagi mereka, Evolve adalah satu peluang untuk melepaskan diri dari kemiskinan dan menggapai cita-cita mereka.

Chatri juga menyifatkan Evolve sebagai pasukan terbaik di dunia.

“Evolve telah menjadi pasukan terbaik di dunia. Saya sangat konfiden dengan pasukan ini. Saya percayakan mereka 100%”, kata Chatri.

Sumber : Dailymail

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...