Tailor Kongsi Tips Selendang Raja Permaisuri Agong Tanpa Dijahit

Fesyen

Tailor Kongsi Tips Selendang Raja Permaisuri Agong Tanpa Dijahit

Sejak dua menjak ini, rata-rata golongan muda meminati dan mengemari fesyen yang telah digayakan oleh
Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan ada diantara mereka berjaya meniru fesyen ini sehingga tular di media sosial.

berjaya tiru dan tular di media sosial

Fesyen baju kurung seperti Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang digayakan bersama selendang terus menjadi ikutan dan trend semasa.
fesyen baju kurung yang digayakan dengan selendang jadi trend

Advertisement

Tetapi ada juga dikalangan kita yang masih tidak tahu bagaimana nak buat dan agak pening dengan fesyen meletakkan kain selendang chiffon di atas baju.

Oleh kerana ramai sukakan fesyen yang terlihat sopan dan anggun, seorang tukang jahit telah berkongsikan ilmu untuk menghasilkan selendang gaya Raja Permaisuri Agong dengan teknik paling ringkas, tanpa dijahit.

Jadi, mari kita lihat langkah-langkah yang dikongsikan oleh beliau:

trend gaya fesyen permaisuri agong
Sekarang ni trend Gaya pemakaian selendang ala permaisuri kan, senang je nak buat sendiri. Tak payah nak tunggu tailor buat ke nak fikir beli kain berapa meter ke, meh sini hakak ajar cara nak buat dengan kos yang jimat, tak perlu nak mesin-mesin jahit bagai guna selendang dan kerongsang je.

Bahan-bahan yang diperlukan:

bahan-bahan yang diperlukanSelendang 2 helai
Kerongsang
Kapur (untuk tanda) jika tiada kapur gunakan pensel
Pembaris

Cara-caranya:

lipat selendang kepada dua
gunakan kapur untuk gariskan tempat

1. Mula-mula lipat selendang kepada dua. Dari tepi bahagian lipatan tandakan ukuran bahu ÷ 2. Contohnya, 15 ÷ 2 = 7.5, tetapi tandakan 7 inci sahaja supaya ia terletak diatas bahu menggunakan kerongsang tadi.

tandakan inchi pada bahagian tangan
inci bahagian tangan

2. Selepas mengambil ukuran bahu, dari ukuran bahu 7 inci, tandakan pada bahagian tangan pula. Kita buat dalam siku je 10.

bentangkan semula selendang
3. Bentangkan semula selendang dan cantumkan dengan selendang kedua.

pinkan pada bahagian bertanda tadi

4. Pinkan di tempat yang bertanda tadi iaitu pada bahagian bahu dan siku. Senang je kan?

siap boleh juga buat babay cover

Okay, siap! Ia juga boleh buat cover untuk baby juga. Kalau nak nampak penuh pinkan kerongsang pada bahagian baju.

gaya pergi Tioman

Gaya pemakaian selendang yang kedua, pusingkan selendang itu. Gaya ini nampak masa bercuti kat Tioman.

Tips: Jika nak nampak kemas dan cantik, gunakan selendang half moon. Jika selendang biasa yang bersegi, macam labuh pula. Cubalah menggunakan pelbagai jenis selendang yang anda ada dahulu. 

gunakan selendang halfmoon kalau nak lagi cantik

baju gaya permaisuri Agong dah siap

Selamat mencuba!

 

Lepas ini pasti ramai pembaca Amazing Nara nampak sopan dan cantik dengan gaya Raja Permaisuri Agong. Kongsikanlah gambar bila korang dah cuba ya!

 

Sumber: Facebook

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...