“Tahun Ni Raya Bahagi Dua” – Madu Marissa Dania Luah Raya 2024 Lebih Mencabar Dari 2023

Trending

“Tahun Ni Raya Bahagi Dua” – Madu Marissa Dania Luah Raya 2024 Lebih Mencabar Dari 2023

Isu mengenai model dan pempengaruh, Marissa Dania yang dikhabarkan sudah berkahwin di Songkhla, Thailand bersama teman lelaki, Aslam yang juga memegang status suami buat wanita bernama Misya hingga ke hari ini masih menjadi perhatian.

Raya 2024 lebih mencabar

Terbaru, wanita bernama Misya itu memberitahu raya pada tahun ini lebih mencabar jika hendak dibandingkan dengan tahun 2023.

Advertisement

Katanya perbezaan raya pada tahun ini adalah dirinya kena banyak mengalah.

Tahun ini (raya) agak mencabarlah sebab mengalah dan bahagi dua.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Misya (@umisyamazlan)

Kena beraya bergilir-gilir

Perkongsiaan tersebut sekaligus memberi bayangan bahawa suaminya, Aslam yang kini sudah mempunyai dua isteri perlu bergilir-gilir beraya di kampung isteri pertama dan kedua.

Netizen yang melihat perkongsiaan tersebut berasa sebak dan menganggap dia sangat kuat lalui ujiannya ketika ini.

Sekadar info, Misya hingga ke hari ini tidak memberi sebarang pengesahan mengenai dakwaan menyatakan suami telah berkahwin dengan Marissa di Songkhla, Thailand tahun lalu.

3 months ago

"Ajar Hati Untuk Terima Keadaan Tanpa Membenci" - Misya Akhirnya Bersuara, Reda Bermadu Dengan Marissa?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...