Sebelum ini, kecoh di media sosial mengenai pasangan selebriti, Hairul Azreen dan Hanis Zalikha yang didakwa tidak mengundi ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei 2018.
Perkara itu telah dibongkarkan oleh netizen selepas mempertikaikan Hanis dan Hairul yang tidak memuat naik foto jari dengan dakwat kekal sebagai tanda sudah menjalankan tanggungjawab mereka.
Tampil memberi penjelasan, pasangan itu mengakui tidak keluar mengundi dengan alasan atas tuntutan kerja dan kekangan masa.
Kami akan pastikan yang pada lima tahun akan datang, kami akan mengundi.
Terkini, memandangkan PRU15 bakal diadakan tidak lama lagi iaitu pada 19 November 2022, orang ramai telah mengingatkan pasangan selebriti berkenaan untuk keluar mengundi pada tahun ini.
Menerusi ruangan komen di laman TikTok, rata-rata netizen berharap Hairul dan Hanis turut sama-sama ‘turun padang’ untuk menjalankan tanggungjawab mereka sebagai rakyat Malaysia.
Namun, ada juga segelintir pihak yang berseloroh mengatakan pasangan selebriti itu akan pergi ke luar negara sekali lagi dengan alasan tuntutan kerja dan tidak dapat mengundi.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.