“Tahun Ni Lebih Fokus Pada Anak Syarikat Saya..” – Hael Husaini Nafi ‘Merajuk’ Dengan AJL, Mahu Fokus Hasilkan Lagu Untuk Artis Luar & Tempatan

Hiburan

“Tahun Ni Lebih Fokus Pada Anak Syarikat Saya..” – Hael Husaini Nafi ‘Merajuk’ Dengan AJL, Mahu Fokus Hasilkan Lagu Untuk Artis Luar & Tempatan

Ketika ditanya mengenai dakwaan bahawa dia enggan bertanding sebagai penyanyi di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) dan hanya mahu menghantar karya ciptaannya, Hael Husaini memilih untuk tidak mengesahkan atau menafikan perkara tersebut.

Menepis spekulasi bahawa dirinya ‘merajuk’ dengan AJL, Hael atau nama sebenarnya Hal Husaini Razmi menegaskan bahawa dia tidak akan berhenti sepenuhnya sebagai penyanyi di acara berprestij itu, sebaliknya hanya berehat seketika.

Advertisement

hael husaini

Menurut OhBulan!, dia ingin menghasilkan lebih banyak karya dengan penyanyi yang sudi bekerjasama dengannya selepas ini.

Tahun ini lebih fokus pada anak syarikat saya sebab dalam masa empat tahun saya berehat sebelum ini.

 

Banyak artis yang mahu bekerjasama dengan saya tapi saya tiada masa dan peluang. Jadi untuk tahun ini saya mahu tunaikan semua itu.

 

Saya tidak pernah merajuk dengan AJL. AJL adalah antara titik mula ‘Hael Hussaini’ diperkenalkan semua rakyat Malaysia sebenarnya.

Hael turut meluahkan hasrat dia mahu mencuba untuk melebarkan sayap ke pasaran Indonesia setelah lagu ‘Bukan Lagi Kita’ berjaya meraih gelaran naib juara di AJL39.

hael husaini

 

Saya akan berehat sekejap dan fokus dengan ‘first baby’ iaitu anak syarikat terbaharu, Huge Entertainment di mana saya akan bekerjasama dengan ramai artis luar dan dalam negara.

 

Projek pertama Huge Entertainment adalah Nadeera dan alhamdulillah mendapat sambutan. Selepas ini saya terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana artis yang mahu bekerjasama dengan saya. Doakanlah agar semua impian saya tahun ini direalisasikan.

Dalam pada itu, Hael turut berkata, kerjasama dengan artis luar negara dilihat mampu membuktikan bahawa karya anak tempatan juga mempunyai kualiti yang baik.

Kerjasama ini mampu memberi impak positif pada kita, tapi penyanyi dari negara mana atau siapa, belum boleh saya kongsikan sekarang.

 

Saya mahu orang luar tahu bahawa Malaysia juga mempunyai kualiti yang boleh diangkat di peringkat lebih tinggi.

Hael husaini milan fashion show
1 month ago

"Mesti Depa Ingat Artis Korea.." - Ketibaan Hael Husaini Di Karpet Merah Milan Fashion Week Jadi Tumpuan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : OhBulan!

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...