Dr. Soo Wincci sekali lagi menarik perhatian orang ramai apabila beliau mengaku sudah 10 tahun berpuasa pada bulan Ramadan dan mendapat sokongan daripada pengikut-pengikutnya untuk teruskan amalan berpuasa ini.
Walaupun sedang meneruskan pengajian peringkat doktor falsafah kedua dalam bidang produksi artisik di Valencia, Sepanyol, beliau tetap meneruskan amalan berpuasa dan mengakui cabaran berpuasa di sana amat besar.
Di dalam temubual bersama Berita Harian, Soo Wincci berkata,
Ini tahun ketiga saya berpuasa di Sepanyol. Cukup mencabar apatah lagi siangnya lebih panjang. Setiap hari saya berpuasa antara 16 hingga 18 jam. Tapi saya tetap gagah melaluinya dan tidak menjadikan alasan untuk meninggalkan puasa.
View this post on Instagram
Wincci mengakui dia tidaklah terlalu cerewet dan memilih dalam soal juadah yang perlu dimakan ketika berbuka mahupun sahur. Hanya makan spaghetti dan sayur ketika berbuka sudah mencukupi untuk dirinya dan ketika sahur hanya minum kopi dan makan roti sahaja.